Yanmie bercucuk tanam

Pokok Terung

Entry nie cerita pasal bercucuk tanam ok, bukan cucuk benda lain tanam benda lain…hehehe, Nampak tak gambar atas tu? shoot baik punya, itulah dia pokok terung Yan. Pokok Terung nie MyMIL yang tanamkan masa bulan lepas MyMIL datang rumah. Kat depan rumah nie adalah 4 Pokok Terung dan 2 Pokok Cili Padi.

Alhamdulillah kesemua yang MyMIL tanam sudahpun menampakkan hasil, Yan ada jugak mencuba-cuba bercucuk tanam didepan rumah nie, tapi kesemua yang Yan tanam semuanya tak menjadi…hehehe, tak reti kot! takpun tanah nie memilih tangan…hahahhaa, pelik sungguh dah macam-macam jugak Yan cuba tanam tapi tak pernah berhasil, Tapi bila MyMIL dia hanya tabur-tabur manja gitu benih tumbuhan terus menjadi.

Teruja sangat bila tengok tumbuhan nie membesar depan mata, macam jaga anak pulak..hehe, siap mandikan, bagi makan baja, tapi kalau tanam bunga-bunga tu takdelah minat, kalau tumbuhan yg boleh makan macam nie memang suka…nnggee~~

Ingat lepas nie nak tanam Pokok Durian pulak…hehehe, nak ke durian tu hidup kat tengah-tengah bandar nie…wakakaka…mengarut sungguh!!

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

12 thoughts on “Yanmie bercucuk tanam

  1. salam yan. wah… sihat nampaknya pokok terung tu, tak lama boleh makan hasillah yan. untung berbudi pada tanah ni, kalau rajin membelai, tak lama dapat hasil.
    kakchik pun sama macam yan, apa yg kakchik tanam tak menjadi tapi bila Ummi tanam, elok je tumbuh.
    kakchik ingat bila naik rumah baru nanti, nak juga tanam pokok herba dalam pasu kat belakang rumah sebab kat bahagian lain semuanya bersimen.
    .-= kakchik´s last blog ..Beli Beg Biar Puas Hati =-.

    1. salam kakchik, syukur alhamdulillah…mmg seronok tengok pokok terung tu membesar dpn mata. mmg betulah kakchik kata tu memang untung berbudi dengan tanah.

      elok lah tu nnti tanam pkok herba dlm pastu lg senang, x perlu nak susah2 potong rumput..hehehe, mcm umah yan nie halaman depan simen tang keta je…tepi2 xde simen, blakang rumah simen abis…hehehe, so tanah sekangkang kera tulah tmpt yan bercucuk tanam..alhamdulillah pokok terung dan cili dah mula menampakkan hasil…x sabar pulak nak tunggu terung tu besar dan menikmatinya…hehehe

  2. hoho, kak Yan sama dengan Ma Daus, suka tanam tumbuhan yang boleh dimakan daripada tumbuhan yang sekadar untuk dipandang (bunga lah tu)…
    .-= Daus´s last blog ..5 Jenis Blog Yang Aku Tak Suka =-.

  3. tadi singgah blog zuliana.. di blog list dia ada yanmieonline.com.. tajuk kt ctu yanmie bercucuk tanam.. ingatkan bercucuk tanam di FB..hehe.. bagus2..cucuk tanam di alam realiti.. farmville kat FB tu buang masa je..

    Syukur, saya belum terjebak lagi di farmville FB..:)
    .-= murnihati´s last blog ..Laptop KepalaKembar =-.

    1. salam murni, hehehe…bercucuk taman yg real punya. kebun kt FB tu dah lama tersadai…syukur kejap je layan kebun sana…hehehe, sbb bnyk keje tergendala bila layan benda tu semua. now masuk FB bila update entry baru je..nggee~~~
      .-= yanmie´s last blog ..Yanmie bercucuk tanam =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge