Widget Widgeo mengganggu proses Blogwalking

Salam buat semua. Hari nie macam biasa mood blogwalking tak berapa nak menjadi, sebab utamanya yang mengganggu proses blogwalking, bila sesebuah blog menggunakan widget dari Widgeo, aduh! yang nie memang buat Yan lemah, mana tidaknya popup window yang keluar punyalah banyak dek widget widgeo nie, kadang tu boleh heng je lappy nie duk tutup-tutup segala popup window yang keluar.

Widgeo yang hampeh!

Inilah dia Widget Widgeo yang di maksudkan

Bukan tu je, walaupun kat Firefox Yan dh block untuk popup window tapi still keluar jugak. Dah tu yang keluar bukan 1 popup Window, banyak ok! buka 1 blog dah 2-3 popup window, belum buka 2-3 blog lagi. hiks…So apa yang boleh bagitau disini, Laptop jadi berat dek Popup window dari Widgeo nie, Sebenarnya widgeo nie takda apa masalah cuma tu lah popup window tu. memang sangat-sangat menggangu.

Sebenarnya widgeo nie tak membantu apa-apa pun dalam segi trafik, melambatkan loading blog ada lah.. Sebab popup window yang keluar dari widgeo nie berbentuk animasi dan flash, setahu Yan google tak dapat nak  mengcrawl bahagian – bahagian dalam suatu page yang menggunakan aplikasi flash (kecuali kalau guna text embedded dalam flash tersebut yang bukan bersifat seperti image) yang nie boleh lah.

Tapi kalau korang nak jugak guna yang macam widgeo nie, rasanya lebih baik cari alternative lain. Rugi Bandwidth dan CPU usage pembaca je. So lepas baca entry nie kalau pakai jugak tak tahu lah nak kata apa lagi, terpaksalah blogwalking dalam keadaan tidak selesa…huhuhu…

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

22 Comments

  1. bkn tu ja yg ganggu….widget lagu/radio…bayangkan kita buka 6,7 buah blog…6,7 buah lagu la yg telinga kita dgr hehe…akak memula masuk,sesebuah blog,akak cari menda tu dulu,then pause,….huhu padan muka..
    .-= kamsiah´s last blog ..Laksa Penang =-.

  2. real spam in the world…widget ni la..dah jadi scam pun..adoi..hampeh2..
    .-= Roslan Nazri´s last blog ..Lepak IT Anjuran Amanz.my =-.

  3. 2la pasal..jd mls sb kene X kat widgeo..aku ne dh slow bw..
    .-= Darkbatman´s last blog ..!!..Contest: Kamera Digital untuk Dimenangi..!! =-.

  4. slm yan..sama dgn akak..selalu gak kuar widgeo tu bila blogwaking..rimas betoi…
    .-= cikmin´s last blog ..Cukur Bantal(Bald Spots)+Pusar =-.

  5. blog daus xder pakai widget haprak ni… sbb tu daus blogwalking kat blog WP-self host je sbb blog WP self host jarang pakai widget ni, kalau blogwalking kat blog blogspot, daus pilih² blog sbb ramai yg suka pakai widget Widgeo ni…
    .-= Daus´s last blog ..Memasang Popular Posts Pada Blog =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge