Aduka Taruna di Tahan dan bukan serah diri seperti apa yang dia tulis di blognya sebelum ini. Berikut dibawah petikan Akhbar dai Berita Harian Online
JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Berita Penuh
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya…Fuh…Jumlah yang begitu banyak, See Entry yang ringkas macam tu pun boleh jadi macam nie kan, sebab apa? sebab sebelum menulis tu tak fikir dulu…huhuhu…pengajaran jugak untuk kita semua.
Sesiapa yang terlepas berita tadi, boleh tengok video yang sempat Yan amik nie, Sound memang kuat dan jelas…ahaks…
See…kalau sabit kesalahan boleh di denda RM 50K , Penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali…huhuhu…
Lain kali kalau nak tulis apa-apa fikir dulu ok! pengajaran jugak nie buat kita semua.
Apa pun Institusi kedaulatan Sultan kita kena hormati, kalau bukan kita yang memartabatkannya siapa lagi? lebih-lebih lagi yang diperkatakan itu berkenaan yang sudah tiada. sepatutnya sedekahkan Al-Fatihah ke…aduh..apa nak jadilah sekarang nie, Kerana Blog Badan Binasa…huhuhu
amik ko…..Standby fulusss RM 50K * banyak woooo* silap haribulan pulak masuk jail…
Disini Yan tidak menyokong mana-mana pihak. Tapi berilah peluang dengan Aduka, rasanya dia pun dah menyesal atas perbuatannya, dan dia pun dah membuat kenyataan pada laman blognya untuk meminta maaf kepada semua rakyat malaysia. dan pada pukul 4.40ptg tadi Aduka menyerah diri di Balai Polis Kota Bharu. untuk makluman lanjut Klik SINI
Al-Fatihah buat Almarhum…moga rohnya dicucuri rahmat…amin….Daulat Tuanku!…Daulat Tuanku!….