January 2010

Teka dan menang Topup Rm 10 sekarang

by yanmie on January 28, 2010

Salam buat semua, aduh dah petang macam nie tak sempat-sempat nak update blog. Nie dapat menaip pun curi-curi masa yang ada…hehee. Sebenarnya sibuk dari semalam lagi, mana nak sibuk YM, Sibuk dengan tempahan Web yang tengah buat sekarang nie, Opsss!!! nie pun ada 3 lagi tengah queue

Hah…nak tau Yan sibuk setupkan website tuk kawan kita yang bernama…jeng…jeng..jeng…*rahsiah* clue ada kat menu atas (Exchange Link) Nama dia ada kat situ. so silalah cariklah sendiri yea…hehehe…

Sapa yang nak mencuba nasib boleh lah teka…hadiahnya topup RM 10. 00 okey tak??? hehehe…sebab soalan yang simple dan mudah je

tempoh teka-teki ini sampai pukul 12.00 malam nie je…korang boleh meneka 2 nama sahaja.

2 orang peneka terawal yang tepat saje dikira sebagai pemenang,  1 pemenang hadiah sponser dari tuan punya website dan 1 dari Yan sendiri. So gud luck semua…

*****************************************************************

Clue terkini : Nama tersebut di bahagian Blogger dari huruf A  hingga ke huruf K…so cariklah yea…hehhee

{ 7 comments }

Na O Mei – Slot Akasia TV3

by yanmie on January 27, 2010

Na O Mei

Korang tengok tak Drama slot akasia yang bertajuk Na O Mei? Drama nie memang Yan follow dari awal, mula-mula tengok memang biasa-biasa je, tp tengok dalam seminggu nie….Ya Allah…Yan dah mula melekat depan TV, memang best sangat-sangat drama nie, serius memang menyentuh Jiwa, dan 2-3 episod jugak Air mata nie menitik….hehehe *punyalah feel*, semalam hubby pun layan sekali…hahahaha

Nak-nak pulak lagu-lagu dalam drama nie memang menyentuh jiwa..duh!! tak sabar nak tunggu siarannya…hehehe…

Drama nie berkisarkan tentang kisah cinta seorang gadis Thailand yang sudah memeluk Islam, yang mana cintanya terhalang dan kemudia terpisah dengan anak dan suaminya. Pssttt!!! itu sinopsis dari Yan, hehhee…puas jugak cari sinopsis drama nie tapi tak jumpa, maybe promo kurang kot…huhuhu, Tapi cerita memang best…korang tengoklah sendiri ok!

Dan antara pelakon yang menerajui Drama Na O Mei ini adalah seperti Putri Sarah (O Mei aka Mak kepada Na O Mei), Elly Mazlein (Na O Mei),  Ryzal Jaafar, Adi Putra, Iqram dinzly, Nabila Huda, Rozita Che Wan dan ramai lagi

Pssttt!! Jom melekat depan TV tengok drama nie, memang best woooo…hahhaa

{ 60 comments }

Fahrin Ahmad saman Linda Onn

by yanmie on January 26, 2010

fahrin

Semalam tengok Terjah kat TV3, pasal sidang Media yang di adakan oleh Fahrin Ahmad, Fahrin mengambil tindakan undang-undang ke atas Linda Onn kerana menuduh Fahrin adalah seorang Pembuli, Kaki pukul dan sebelum nie pun Linda pernah cakap yang Fahrin adalah seorang yang panas baran.

Tapi kini Fahrin dah tak sabar dan tak tahan dengan karenah mereka-mereka yang menuduh Fahrin yang bukan-bukan. Disebabkan Fahrin berdiam mereka lantang menyuarakan itu ini. *alahai siannye kat Fahrin mamat macho nie!*

semalam dalam Terjah, Fahrin cakap ini tau:-

“Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?”

Time nie Fahrin tidak dapat menyembunyikan lagi kesedihannya, maka air mata pun bercucuran. *alahai…serius, Yan memang tersentuh semalam*

Kalau nak tau lagi lanjut boleh baca kat MyMetro ataupun kat Facebook Fans Fahrin, boleh tengok sekali video sidang media Fahrin.

Alahai Fahrin, sabar yea..tak semua orang suka dengan kita! moga lebih tabah!

{ 15 comments }