Pengalaman Berada Di Petronas StreetSmart KLCC

Salam, baru-baru ini saya mendapat undangan dari Petronas untuk Media Familiarisation Session of the new PETRONAS StreetSmart Road Safety Exhibition yang bertempat di Petrosains, The Discovery Centre, KLCC. Baca Selanjutnya »

Ulat Bulu Naik Daun

Salam, ini betul-betul Ulat Bulu Naik Daun, bukan ulat bulu jadian ye hikhik, geli geleman tengok, snap tadi pun teragak-agak juga, takut kang tetiba melompat atas tangan naya, ehhhh boleh melompat ke ulat bulu nie? hahaha. Baca Selanjutnya »

Photog - Kerengga Beraksi

Salam, masih beronline kat kampung, insyaallah besok pagi balik Klang, jom layan Kerengga Beraksi hhihihi, lama tak layan kamera ni, kalau ambil gambar pun macam tak ambil guna DSLR juga, takde setting apa-apa, takde masa nak layan hobi tu, sesambil jelah, maklumlah Supermak, agak bizi hihihi. Layan Kerengga Beraksi ^____^ Baca Selanjutnya »

Magic Rice Dan Ikan Bakar Tenggiri

Salam, untuk memenuhi impian Projek Besar, usaha demi usaha dilakukan hikhik, memandangkan Nasi sudah menjadi makanan harian kita, so saya menggantikan beras biasa dengan “Magic Rice” Baca Selanjutnya »

Salam, eeee banyak sangat benda nak entry tapi tak tau nak up mana dulu, ni lah dia kalau asik-asik tertangguh nak entry hikhik, takpelah layan Picca Haziq dulu kat bawah ni. Baca Selanjutnya »

 

Dekatkan Anak dengan berdoa kepada Allah S.W.T


Ramai ibu bapa binggung untuk menerangkan kepada anak-anak kecil
apakah pengertian berdoa kepada Yang Maha Pencipta
Ini kerana kanak-kanak mudah keliru
dan biasa menganggap setiap doanya pasti dimakbulkan Allah S.W.T.

Bagaimanakah caranya mendidik anak-anak supaya memahami kepentingan berdoa dan membimbing mereka supaya tidak menyalahgunakan doa
untuk hajat yang negatif?
Cuba praktikkan beberapa tips ini dalam usaha anda
untuk menjelaskan maksud doa kepada kanak-kanak.

1- Berdoa secara sepontan
Latihlah anak supaya berdoa secara sepontan dengan menggunakan bahasa yang mudah. Doa yang bertunjangkan hafalan dalam bahasa arab mungkin menimbulkan kesukaran kepada mereka, gunakan sahaja bahasa yang kita gunakan seharian.

2- Berdoa sebagai tanda terima kasih
Ajar anak anda untuk bersyukur atas kesenangan yang dimiliki
yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Beritahu mereka berdoa bukan saja
untuk meminta sesuatu hajat daripada Allah S.W.T.
tetapi juga sebagai tanda terima kasih.

3- Tuhan mengetahui segalanya
Yakinkan anak-anak bahawa Allah S.W.T. dapat mendengar apa saja permintaan mereka samada yang baik mahupun sebaliknya
Anak-anak mungkin menganggap agak sukar
untuk mendapat perhatian sepenuhnya dari ibu bapa
memandangkan rutin yang ketat
anggapan itu mungkin turut ditujukan
kepada Yang Maha Pencipta kerana kurang pemahaman

Oleh itu sebagai ibu-bapa
luangkan waktu bersama mereka
untuk mendengar dan menjawab segala keluhan
dan permintaan anak-anak secara bijaksana

Beritahu mereka bahawa Allah sentiasa berada dekat dengan mereka
pada bila-bila masa saja untuk mendengar segala keluhan
seandainya anda dan ahli keluarga lain sedang sibuk.

4- Mengakui kesalahan yang dilakukan
Didiklah anak anda supaya sentiasa berhati terbuka
dengan mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan
Ajarlah mereka cara-cara berdoa memohon keampunan dari Allah S.W.T.
Tunjukkan kepada mereka dan biarkan mereka berdoa sendirian.

5- Yakin dengan Allah
Pupuklah anak-anak dengan perasaan yakin dan pasrah dengan ketentuan Tuhan
Mungkin agak sukar untuk menjelaskan kepada mereka bahawa tidak semua doa itu dimakbulkan tetapi cubalah sedaya upaya untuk menjelaskannya.
Yakinkan mereka bahawa setiap doa mereka itu didengari Allah
cuma mungkin jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan
Ajar mereka supaya tidak mudah berputus asa.
Sentiasa melatih mereka untuk memuji Allah
bersyukur dengan rezeki yang diberi
memohon kepadaNya dan yakin dengan kebesaran Allah S.W.T.

Sumber dari Familiazam.com, insyallah Yan akan pratikkan Tips yg sgt bermanfaat ini..

Artikel Berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
WP Like Button Plugin by Free WordPress Templates