April 2009

Membasuh dan Polish Kereta Hubby

by yanmie on April 30, 2009

Pagi td eksesais ngan anak2 kat luar rumah
pastu kerajinan melanda
duk pandang2 keta hubby..huhuhu..kotor sgt2
hubby xde masa nk basuh, sian dia..

so Yan tlg basuhkan keta dia pg tadi
berpeluh2 jugak ler lama x basuh keta nie
pg tadi basuh keta ngan anak2..best gak, enjoy
tgk gelagat anak2..mmg sonok..

jom tgk keta hubby yg dh yan cuci dan polishkan
mesti dia terkejut blk nnti tgk keta berkilat2 dan berseri..ewah!!
cam ada benda je yang yan nak minta dr hubby..
bunyi cam nak mengampu…hahaha
sebenarnya takde niat apa pun..
jom layankan pic keta hubby yg dh Transformasikan

Sudut Depan

Sudut Tepi

Sudut Belakang

Fuh…berpeluh2 basuh keta dan polish keta nie
harap2 dpt ler membakar segala lemak tepu dlm badan nie..hehe

{ 0 comments }


Ramai ibu bapa binggung untuk menerangkan kepada anak-anak kecil
apakah pengertian berdoa kepada Yang Maha Pencipta
Ini kerana kanak-kanak mudah keliru
dan biasa menganggap setiap doanya pasti dimakbulkan Allah S.W.T.

Bagaimanakah caranya mendidik anak-anak supaya memahami kepentingan berdoa dan membimbing mereka supaya tidak menyalahgunakan doa
untuk hajat yang negatif?
Cuba praktikkan beberapa tips ini dalam usaha anda
untuk menjelaskan maksud doa kepada kanak-kanak.

1- Berdoa secara sepontan
Latihlah anak supaya berdoa secara sepontan dengan menggunakan bahasa yang mudah. Doa yang bertunjangkan hafalan dalam bahasa arab mungkin menimbulkan kesukaran kepada mereka, gunakan sahaja bahasa yang kita gunakan seharian.

2- Berdoa sebagai tanda terima kasih
Ajar anak anda untuk bersyukur atas kesenangan yang dimiliki
yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Beritahu mereka berdoa bukan saja
untuk meminta sesuatu hajat daripada Allah S.W.T.
tetapi juga sebagai tanda terima kasih.

3- Tuhan mengetahui segalanya
Yakinkan anak-anak bahawa Allah S.W.T. dapat mendengar apa saja permintaan mereka samada yang baik mahupun sebaliknya
Anak-anak mungkin menganggap agak sukar
untuk mendapat perhatian sepenuhnya dari ibu bapa
memandangkan rutin yang ketat
anggapan itu mungkin turut ditujukan
kepada Yang Maha Pencipta kerana kurang pemahaman

Oleh itu sebagai ibu-bapa
luangkan waktu bersama mereka
untuk mendengar dan menjawab segala keluhan
dan permintaan anak-anak secara bijaksana

Beritahu mereka bahawa Allah sentiasa berada dekat dengan mereka
pada bila-bila masa saja untuk mendengar segala keluhan
seandainya anda dan ahli keluarga lain sedang sibuk.

4- Mengakui kesalahan yang dilakukan
Didiklah anak anda supaya sentiasa berhati terbuka
dengan mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan
Ajarlah mereka cara-cara berdoa memohon keampunan dari Allah S.W.T.
Tunjukkan kepada mereka dan biarkan mereka berdoa sendirian.

5- Yakin dengan Allah
Pupuklah anak-anak dengan perasaan yakin dan pasrah dengan ketentuan Tuhan
Mungkin agak sukar untuk menjelaskan kepada mereka bahawa tidak semua doa itu dimakbulkan tetapi cubalah sedaya upaya untuk menjelaskannya.
Yakinkan mereka bahawa setiap doa mereka itu didengari Allah
cuma mungkin jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan
Ajar mereka supaya tidak mudah berputus asa.
Sentiasa melatih mereka untuk memuji Allah
bersyukur dengan rezeki yang diberi
memohon kepadaNya dan yakin dengan kebesaran Allah S.W.T.

Sumber dari Familiazam.com, insyallah Yan akan pratikkan Tips yg sgt bermanfaat ini..

{ 0 comments }

Hepi Besday Aiman Sayang

by yanmie on April 28, 2009


Semalam Aiman menyambut besdaynya yang ke 3 thn
wah2 dh besar anak ibu sorang nie yea
Ibu doakan semoga jadi anak yang taat, soleh dan beriman..insyallah
Jangan nakal2 Tau!!!

So smlm hubby belikan Aiman Kek
sblm tu dh pesan kat hubby tak nak kek besar2
nnti xde org nk mkn, Yan kan tgh diet
hubby lak x mkn yg manis2 nie

So hubby beli cupcake aje tuk Aiman
sori yea Aiman sayang, Aiman pnya kek kecik aje
tak mcm kek besday ibu dulu..ehehe
klu ibu x diet dh tentu beli kek besar
tapi bleh tahan jugak cupcakenya besar lah jugak

Cupcake
Yang buatkan Aiman teruja tu
ternampak keta mainan atas kek tu..ehehe
pandai lak hubby beli
Aiman nie mmg suka ngan keta mainan
Stok mainan kat umah nie mmg bnyk tp semuanya xde tayar..wakakaka
Oklah jum layan Aiman tgh menyantap kek tu
sambil Yan dlm hati berkata *klu aku tak diet dh abis dh kek nie*..ehehe

Besday Aiman
So smlm Aiman tido sekali ngan mainan tu
so sweet lah tgk dia..alololo..bucuk2 ibu…

{ 0 comments }