by yanmie on December 30, 2008

Nk tahu..Yan ada belikan Aiman CD
bagi Yan CD yg yan beli nie..
bagus utk memberi pendedahan awal pd kanak2
tentang beberapa sikap baik dan tidak baik yg blh dijadikan cth
dalam pergaulan seharian
CD ni jugak membantu dia utk belajar mengeja,
menyebut perkataan yg diberikan,
ada jugak lagu2 pendidikan yg dinyanyikan oleh patung boneka..
Yan jugak ada beli CD “Berdoa & Mengenal Islam sambil menyanyi”..
Aiman mmg suka sgt..Yan perhati dia dr jauh..
tgk dia ikut baca doa2 yg ada kt dlm CD tu..
dan belajar mengeja, menyanyi…dll
Yan bersyukur sgt…xyah susah2 nk memaksa Aiman belajar
dgn adanya 2 CD nie dptlah membantu yan utk mengajar Aiman..
mana taknya..kanak2 camnie kena tau cara barulah snang nk ajar..
betul tak??…otai2 sila berikan komen anda..ihik…

Selalu duk layan kartun aje..pening jugak..
kang tak masuk plak segala ilmu2 dlm kepala dia..
now dia dh tak layan dh astro ceria..cerita si Hagemaru tu..terus dilupakan
mmg lega sgt2..yelah pengaruh kartun nie kuat pd kanak2 cam aiman nie
alhamdulillah..akhirnya yan dpt selesaikan 1 masalah
hehehe..masalahnya yelah..aiman dh x layan dh astro ceria itu..
duk layan aje CD2 yg Yan belikan tuk dia..
Korang ada cadangan tak pasal CD2 yg mcm mana best..
utk anak2 cam Aiman nie??…
klu ada bolehlah berkongsi dgn Yan ye..
by yanmie on December 28, 2008


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali
pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib
pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda
anak Adam pada setahun ini
dan Allah binasakan aku satu saat jua.
Dengan sebab membaca doa ini…
maka Allah ampunkan dosanya setahun”
Dan
Doa awal tahun ini adalah
membentengi diri dari gangguan Syaitan…
barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali
setelah Solat Maghrib pada mlm 1hb muharram…
Maka Allah S.W.T. memerintahkan dua malaikat utk melindunginya
dari fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun…
Berikut di bawa ini adalah doa awal tahun…

So ape azam korang tahun ini???
meh lah kongsi ngan yan..
azam thn lepas tertunai tak???..hehehe..
org kata klu azam thn2 lepas diforwardkan..
mmg x best..betul ke??…
by yanmie on December 27, 2008

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Sebuah laman blog dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.
Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan
kononnya milik seorang wanita Melayu.
Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu
hanya diperalat oleh pihak lain.
Soalnya, siapakah sebenarnya di sebalik blog tersebut.
Apa yang pasti nombor telefon yang tertera pada laman blog itu,
yang kononnya milik penulis blog terbabit,
ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia
mendapati ia merujuk kepada nombor telefon sebuah pejabat
berdasarkan respon rakaman mesin jawapan.
Berdasarkan blog terbabit lagi,
kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.
Justeru ia sarat dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan
ditujukan kepada Rasulullah.
Segala penghinaan itu pula disertakan dengan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan mempersenda
serta lukisan-lukisan yang memburukkan Nabi Muhammad
termasuklah yang pernah disiarkan oleh akhbar Eropah
yang telah dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia.
Sementara itu ada pembaca menghubungi pejabat Utusan Malaysia malam ini yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera terhadap blog tersebut.
Sumber : Utusan Malaysia