November 2008

Award dari Cik Manis

by yanmie on November 29, 2008


Award nie Yan terima dari Cik Manis
adik blogger yang baru yan kenal
So sweet cam orangnye gak
Thanks…baru kenal dh bg award kt Kak Yan
terharu gitu..


Dengan ini terimalah gift kat bawah nie…
sebagai tanda persahabatan yang baru terjalin..

{ 0 comments }

Hari yang sengai

by yanmie on November 28, 2008

Dua hari lepas yan pegi JPN Shah Alam
Nak buat pengesahan IC dan surat lahir
Dokument 2 tu nak kena Kurier ke Kg (sabah)
Ada Wasiat benda yang nak diuruskan disana..

So haritu jugak hubby yan amik cuti
Tuk bawa yan gi JPN nun..nak gi Pesuruhjaya Sumpah
mmglah tak tahu sgt2…kat area Klang dan Shah Alam nie
Almaklumlah baru je pindah Klang…

Memandangkan Haziq pun tido waktu sampai ke Plaza Massalam tu
So hubby dan anak2 tak ikut…
Hanya yan seorang yang pegi..diorg just tggu dlm keta
Ada jugaklah hampir 2 jam..
Pelanggan pun boleh kira dgn jari..
Staff punyalah ramai..tapi menyembang2 je
Sengai betul..hanya minta cop pengesahan pun punyalah bapak lamanye
Ada sedikit perasaan tension waktu tu…

Bila dokumen dah disahkan
Staff tu siap minta maaf coz lambat..
Maaf tu dh biasa sgt dh dgr kt tmpt2 camnie
So haruslah mereka menigkatkan lg mutu kerja..*Harap Maklum*
Aiseh…marah betul waktu nie…

Nasiblah hubby yan penyabar menunggu dlm keta ngan anak2
Thanks dear…memahami…

Yang paling yan cian…tgklah gmbr kat bwh nie
Cian Aiman…tercari2 ibunya…
Untuk menghilangkan keboringannnya
Nasib baiklah aiman pandai membekalkan dirinya dengan mainan
So aiman layan je main kt dlm keta

{ 0 comments }

Dah sampai Ipoh ke belum??

by yanmie on November 28, 2008

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 7 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar.
Ibu itu berpesan pada pemandu bas “Encik.. tolong tengokkan anak saya ya…
Nanti kalau sampai di Ipoh… cakap pada anak saya.”


Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali.
setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.
“Sudah sampai Ipoh belom?”
Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. “Tidor aje la..
Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!”
Tapi si anak tidak mahu diam,
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
“Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?”
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..

“Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!”
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak.
Lalu ia bertanya pada para penumpang..
“Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni..
perlukan kita hantar semula anak ini?”
Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak & setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh…
Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan.
“Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. “Oh sudah sampai ya!”
lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..
Seluruh penumpang kehairanan…
“Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.

“Tidak lah.. mama saya pesan..
kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!”

Dipetik dari Sumber Cerita

{ 0 comments }