Pengalaman Berada Di Petronas StreetSmart KLCC

Salam, baru-baru ini saya mendapat undangan dari Petronas untuk Media Familiarisation Session of the new PETRONAS StreetSmart Road Safety Exhibition yang bertempat di Petrosains, The Discovery Centre, KLCC. Baca Selanjutnya »

Ulat Bulu Naik Daun

Salam, ini betul-betul Ulat Bulu Naik Daun, bukan ulat bulu jadian ye hikhik, geli geleman tengok, snap tadi pun teragak-agak juga, takut kang tetiba melompat atas tangan naya, ehhhh boleh melompat ke ulat bulu nie? hahaha. Baca Selanjutnya »

Photog - Kerengga Beraksi

Salam, masih beronline kat kampung, insyaallah besok pagi balik Klang, jom layan Kerengga Beraksi hhihihi, lama tak layan kamera ni, kalau ambil gambar pun macam tak ambil guna DSLR juga, takde setting apa-apa, takde masa nak layan hobi tu, sesambil jelah, maklumlah Supermak, agak bizi hihihi. Layan Kerengga Beraksi ^____^ Baca Selanjutnya »

Magic Rice Dan Ikan Bakar Tenggiri

Salam, untuk memenuhi impian Projek Besar, usaha demi usaha dilakukan hikhik, memandangkan Nasi sudah menjadi makanan harian kita, so saya menggantikan beras biasa dengan “Magic Rice” Baca Selanjutnya »

Salam, eeee banyak sangat benda nak entry tapi tak tau nak up mana dulu, ni lah dia kalau asik-asik tertangguh nak entry hikhik, takpelah layan Picca Haziq dulu kat bawah ni. Baca Selanjutnya »

 

Monthly Archives: September 2008

Lagik koleksi Kad Raya…


Dari Kak Azza


Kad yan cute nie Yan terima dari kak azza. tima kasih kak dh bagi kad kat Yan. Yan hargai sangat2. Yan pun mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin andai pernah terkasar bahasa sepanjang perkenalan dan persahabatan kita.

Artikel Berkaitan:

Award dari Kak Tirana





Semalam dapat award dari Kak Tirana, tapi hari nie baru yan nak tayang kat korang> posting. Tima kasih kak. Kerana tiap kali Kak Tirana dapat award tak pernah lupa nak pas award2 tu kat Yan. Tima kasih sangat2 kerana selalu mengingati yan dah bg award tu. Kalau ada bagi lagik

Artikel Berkaitan:

Lagik Kad Raya…


Semenjak akhir2 ramadhan nie, yan tak henti2 dapat kad raya dari teman2. Hari nie Yan dapat pulak banyak kad raya dari Kak Tirana dan dari Dotblogspotdotkom. Pasnie bolehlah Yan nak buka galeri hias umah cecantik ngan kad2 nie. Yan ucapkan tima kasih kad diorang nie coz sudi nak bagi kad raya.

Kad Yang kat bawah nie Kak Tirana yang kasik. Tima kasih kak coz dah jadik teman blogger yang paling baik dan selalu mengunjungi blog yan dan selalu jugak memberikan komen2 di dalam setip entry. Yan hargai sangat2 persahabatan ini. Kad Raya dari kak Tirana nie ada 2, dia suruh pilih ambik mana yg berkenan dihati. Tapi sebab yan tamak berkenan ngan dua2. So yan amik dua2. boleh gitu kak tirana?..hikhikhik.. kak tirana gak ada kasik cookis sekali. bolehlah yan nak jamu kwn2..hehhehee..boleh makan ke?







Dari Kak Tirana

Kad yang kat bawah nie pulak dotblogspotdotkom yang berikan, biarpun tak pernah kenal, dan tak pernah gi blog dia, Yan terkejut link yan ada kat blog dia dan seterusnya memberikan kad raya nie. Apa pun tima kasih yan ucapkan.



Dari Dotblogspotdotkom

* Tima Kasih bebanyak…

Artikel Berkaitan:

Malam Lailatul Qadar



Allah Ta’ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar”.

Kebanyakan ulama’ Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.

Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu’, beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

*Menghayati malam tersebut dengan ibadah
*Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
*Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama’ menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

*Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
*Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
*Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

*alamak dah lupa ambik sumber nie dari mane, sesape yang tau inform k.

Artikel Berkaitan:

WP Like Button Plugin by Free WordPress Templates