Pertama kali memandu kereta en.hubby

September 3rd, 2010

Salam semua, nak cerita pasal kes semalam ke myMydin kat area rumah nie je di Bandar Puteri Klang, alkisah en.hubby Yan suruh Yan drive kereta dia..fuh tak nak Yan bawa tp en.hubby paksa gak suruh bawa kalau tak bila nak reti bawa kereta dia tu kan, yelah sebelum nie Belajar Memandu guna kancil dan viva so tak retilah nak bawa kereta besar-besar nie, lagi-lagi kereta buatan negara luar, seram sejuk jadiknya duduk dalam kereta en.hubby…ahahaa

Aiyoo anak-anakku nie, asal ambik gambar mulalah nak interprem :)

Sejak lulus test JPJ hari tu memang takde drive kereta, so semalam tu ler pertama kali drive lepas dapat lesen kereta. Rasa kekok pun ada bawa kereta nissan en.hubby tu, sebabnya Yan nie rendah so seat memang haruslah kedepan sangat. nak tekan klac, break dan minyak pun payah..jauh benar duduknye…ehehe kereta manual, kalau Auto sedap sikit tekan 2 benda je :)

Read more…

Jom ping di pingme! – www.ping.yanmieonline.com

September 2nd, 2010

Salam semua, syukur terbit jugak blog aggregator mini Yan yang di beri nama PingMe! ehek…saje buat untuk kawan-kawan agar dapat mempromosikan entry ataupun laman blog korang disana, sharing is caring, sama-samalah kita gunakan sebaiknya. PingMe! adalah site yang mesra SEO *puas gak godek*, so insyallah peluang nak naik di enjin carian tu ada. kalau ada rezeki lebih boleh cari domain dan hosting untuk PingMe! tapi buat masa nie belum ada perancangan, cuma buat yang mini nie aje, tolong sesama kawan :)

Cara gunakannya mudah sahaja, sama jugak macam web aggregator yang lain, cuma perlu register dan sumbit new entry iaitu memasukkan link entry korang di dalam kotak link entry yang nak di submit, untuk paparan jelas tengok bawah yea :)

Read more…

Laporan Trafik blog bulan 8

September 1st, 2010

Salam semua, hari nie 1hb time untuk update performance blog ini, bukan untuk tujuan menunjuk tapi untuk pembakar semangat buat diri sendiri. Alhamdulillah blog ini buat pertama kalinya mendapat Pageviews sebanyak 129,826 dan Unic Visitor sebanyak 58,499. kalau boleh tukar dengan duitkan best :)

Yan nie jenis tak selalu intai Google Analytics nie, selalu duk tengok kat getclicky je keywords apa yang tengah top. masuk-masuk dalam tu terkejut uu Pageviews untuk blog ini mendapat 129,826 dan Unic Visitor 58,499. terima kasih semua yang pernah singgah ke blog ini. Tanpa korang semua tak dapatlah merasa trafik macam nie :)

Read more…

OST Asmara Slot Lestary TV3 – Menyesal (6ixth Sense)

August 31st, 2010

Salam semua, episode 1 drama Asmara boleh tahan jugak, tak sabar nak tengok episode 2 drama Asmara. Oklah sambil-sambil tu layan Lagu tema Drama Asmara aka OST Drama Asmara di TV3 iaitu yang bertajuk Menyesal nyanyian dari kumpulan 6ixth Sense.

Jom nyanyi sama-sama yea, lagu nie memang best! sedap telinga mendegarnya, lirik lagu Menyesal di sertakan sekali. cekidaut :)

Read more…

Klip Video Namewee berunsur perkauman

August 31st, 2010

Salam semua, masih ingat ke korang dengan pemuda yang bernama Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Cheng yang mana ketika dahulu pernah mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia yang mana dia pernah mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu. dan dia pun pernah memohon maaf di atas kesalahannya yang terdahulu.

Tetapi kini Namewee sekali lagi menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat ekoran perbuatannya menghasilkan video clip yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Read more…

QBB Pure Ghee adalah tidak halal

August 31st, 2010

Salam semua, tertarik dengan pautan dari facebook denaihati tentang status sijil halal QBB Pure Ghee. Disini Yan kongsikan untuk semua yea, Sebenarnya QBB Pure Ghee adalah tidak halal dan Yan rasa memang patut hal tentang ini di hebahkan kepada ramai, maklumlah takut ada yang masih tidak tahu akan status produk tersebut.

Lagi-lagi musim raya nie mesti ramai yang akan menggunakan produk nie (kalau yang tak tahu lah), harap-harap diorang ambik alternatif lain untuk menggantikan produk tersebut dengan menggunakan butter ke :), jangan duk ambik sedap je…tu haa…dah kata tidak halal so jangan gunakan jugak okies!

Read more…